Miracle Toner

Image result for miracle toner by some by mi


Hii guysss, so as promise, today, I am going to share about Miracle Toner by Some by Mi. Sorry sebab ambil masa lama sangat nak publish entry ni. Yela sbb busy last sem kan hehe. So sekarang tengah cuti sebab dah habis belajar kan, so boleh la i start writing again. 
 
Dulu salah satu sebab i nak sangat cuba this toner bcs muka i byk parut jerawat sebab breakout disebabkan selalu minum coklat susu dalam kotak tu. Hampir setiap hari i minum susu tu dan dalam sehari ada la 3 kotak or lebih i minum. Kelakar kan? sebab breakout disebabkan susu coklat. Biasanya orang breakout sebab pakai local product atau salah pakai product tapi untuk kes i lain macam sikit. Since toner ni baru dikeluarkan and tak banyak review, i try la beli dekat Shopee akhir bulan april. Awal bulan may tu i cabar diri nak pakai this toner consistent. First time cuba tu srs toner ni best. Bau dia pun wangi. Before this, i pakai TO Glycolic Acid. Srs i tak suka bau dia and kalau ada jerawat mesti pedih sikit lepas apply tu. And TO ni acid dia terlalu kuat, and really not recommended to those yang baru nak berjinak dalam dunia skincare. And semestinya nak try acid ni kena ada basic skincare yang kukuh which are cleanser, toner, moisturizer and sunscreen at least 6 month ++.

I tak pandai sangat nak explain pasal skincare ni tapi if u guys nak try berjinak dalam dunia skincare ni, boleh try follow blog kak Iman. i banyak belajar dari blog dia. Yela siapa je taknak kulit bersih dan sihat. Since dah masuk angka 2 ni kena la jaga semua benda kan? Haha ok back to topic, so far i dah masuk second bottle I boleh guarantee la toner ni best toner ever. Sebab dia boleh kecutkan jerawat sekali gus boleh tolong pudarkan parut jerawat. Lagi best kalau pakai satu set Some by mi ni. Sebab brand ni dah keluarkan bar soap, serum dan cream. Harga pun mampu milik.

 Image result for some by mi review toner
Sumber : Google

So tengok la dia punya miracle hehe nais kan? Sebab biasanya product korea ni sesuai sangat dengan org Malaysia. Sorry sebab tak tunjuk perubahan gmbr sendiri sbb i takde snap gambar masa tu. Sebab takde plak terfikir nak snap haha. So sekarang pun muka i dah bersih daripada parut jerawat sebab dah sedar diri sendiri patut jaga muka haha. Oklah tu je. Selamat mencuba :) ha satu lagi, if nak try, jangan lupa pakai suncreen okay? hehe..