Tips di Uni/kolej

Image result for money quotes

Okay. First sekali, aku harap post ni dapat membantu sesiapa nak berjimat and survive dekat tempat belajar memasing terutama adik2 yang baru nak melangkah masuk universiti. Ingat tau. Awak belajar jauh2 tak semestinya awak akan jumpa balik kawan2 yang awak berhutang. Hutang ni masalah paling besar dalam hidup. Pandai berhutang pandai la bayar. Walaupun 10 sen. Rasanya semua orang tahu kot apa akibat dia kalau tak bayar hutang. Biasanya orang ni, dia serba salah nak mintak hutang tu. Yelah nanti orang cakap tak sabar la kutuk tu la kutuk ni. Macam2. Mungkin cara hidup aku berbeza dengan orang lain. Tapi post ni aku just nak share pengalaman cara hidup aku kat kolej. Mungkin boleh dijadikan contoh untuk orang lain :)

So, aku dapat elaun RM300 sebulan. Cukup ke tak dalam masa sebulan? Macam mana nak jimat? Rasanya semua orang terfikir termasuk aku sendiri. Yes. First2 tu aku rasa macam tak cukup. So langkah pertama aku, ubah fikiran tu kepada cukup dan aku berjaya untuk survive hidup aku dengan RM300 tu sebulan. Macam mana? So, here we go :

1. Makanan. Bab makanan memang susah sikit kita nak control. Memang sangat2 susah. Kalau ikutkan RM300/30 hari so kita akan dapat bahagikan RM10 sehari. Bagi aku, cukuplah RM10 tu untuk makan sehari. Pagi : Biasanya aku akan makan biskut atau roti. Belilah biskut yang dalam tin besar tu. Yang jacob tu ke? Boleh tahan lama. Banyak sangat pilihan biskut. Pilih je mana2. Tengahari : Belilah makanan yang boleh kenyang untuk jangka masa yang lama. Janganlah beli makanan yang kenyang sementara cth : makanan yang bergoreng ( Hotdog,nuget etc). Beli nasi dan lauk yang secukupnya dan seimbang. Minum, kita minum air masak dari coway je. Lagi sihat kan? Biasanya aku beli makanan tengahari takkan lebih dari RM 5. So petang tu biasanya aku tak makan sebab dah makan tengahari kan. Tu kena beli makanan yang mengenyangkan. Jadi malam tu boleh la makan dengan duit yang lebih tu. Biasanya aku jarang turun makan malam sebab malas nak turun naik tangga. Hehehe. So aku makan je apa yang ada dalam loker.

2. Outing. Masalah ni pun besar. Yelah sape tak bosan hari2 dekat kolej je. Hujung minggu mesti nak keluar cuci2 mata, jalan2, tengok wayang ke apa ke? Okay first fikir, duit cukup ke kalau kita keluar dan habiskan duit macam tu je? Lepas tu nanti hujung2 bulan mulalah pinjam duit orang. Setiap bulan nak pinjam duit orang. Sampai bila nak kumpul hutang? Aku paling tak pun, outing sekali sebulan je ataupun tak outing langsung. Yelah kita bukan anak orang berada nak asyik keluar je habiskan duit mak ayah. Aku bukan jenis macam tu. Aku outing pun sebab nak beli barang penting. Dan kalau nak tengok movie pun fikir banyak kali. Yela takut tak cukup. Paling maksimum duit aku keluar untuk outing takkan sampai seratus lebih (Untuk beli makanan, sabun, alat tulis, etc. Maklumlah rumah jauh. Naik bas plus minus 8jam). Mak ayah kita memang takkan sampai hati tak bagi duit kalau kita nak keluar. Dia akan hulur jugak sikit sebanyak. Pandai2 lah kita simpan duit tu. Jangan habiskan terus duit mak ayah bagi. Untuk kegunaan lain macam tetiba hujung minggu nak balik rumah ke. Ada program ke. Takdelah asyik nak mintak duit je kerja. So, outing la sebulan sekali.

3. Shopping online (Makeup). Yes benda ni lagi masalah. Zaman sekarang semua org nak jadi cantik, flawless, putih. Nak beli barang online tu fikir dulu benda tu penting ke nak kena beli? Tak mati pun la kalau tak pakai makeup pi kelas. Just pakai lipbalm,blusher pun dah cukup. Takyah nak over2. Ni berjam2 hadap cermin. Nak pergi kelas je pun. Nak belajar ke nak pergi kenduri. Takyah terikut trend sangat. Fikir, kalau kita mampu takpe nak beli macam2 jenis alat makeup. Tapi kalau tak mampu, lebih baik jangan. Biasanya aku perati budak2 baru nak up macam ni lah. Terpengaruh kawan2. Makeup terlebih over. Kesimpulannya, jangan beli makeup banyak2. Nanti mulalah tahan lapar hujung bulan sebab dah spend duit untuk makeup. Nanti awak dah kerja, beli lah banyak mana awak nak beli makeup tu. Okay?

So, mungkin tu je kot tips yang aku rasa paling penting. Memang susah nak simpan duit lagi2 kita student, selalu lapar, duit nak guna untuk assignment, bayar buku, baju kelab la, dan macam2. So, bagi seorang student yang taknak susahkan mak ayah, berjimatlah sebaik mungkin. Jangan semua duit digunakan untuk kepuasan diri. Pandai2lah simpan. Fikir, kalau awak beli benda yang takde faedah, cukup ke duit ni sampai hujung bulan? Kadang2 orang sanggup berlapar sebab nak cantik. Tak faham manusia yang jenis macam ni. Nanti mulalah pinjam duit member la. Padahal sama je elaun semua orang. Takdenya dia dapat lebih dan awak dapat kurang. So, pandai2 la fikir. :)

p/s : Maaf sbb aku tulis post ni dengan emosi. Biasalah perempuan akan guna sepenuhnya emosi dia hehehe. xoxo

4 comments:

Feel free to add a comment. Thank you!