I'm Back

Image result for photography girl

Yezzaaaaaa... Akhirnya aku ada masa untuk menulis lagi. Terlampau busy sem 3 sampai takde masa nak check in blog sendiri huhu.. Akhirnya tamat jua Sem 3 ku dengan jayanya walaupun paper akaunku satu soalan tak imbang :D Aku rasa sem3 la paling hectic sekali. Macam2 kena buat. Dengan assignment semua dtg sekali gus dan semua kena buat video. Satu kerja lagi nak kena edit bagai dan tu kerja aku :) Ada program itu ini. Yela sampai buku aktiviti aku xmuat nak tampal kupon2 hahaha.. Ni kalau xdapat asrama lagi tak tahu nak cakap apa. Harap sem depan tak busy sangat la. Lagipun sem depan short sem hmm. 

Aku dah ckup setahun dah dekat sana. Dan dalam masa setahun tu lah aku jumpa macam2 jenis manusia. Ingatkan zaman uni kolej ni takde dah perangai macam budak2. Tapi hakikatnya serius aku rasa nak masuk zaman tingkatan balik hmm. Manusia yang aku kenal dari dulu dah berubah 360 darjah. Jangan expect orang yang baik akan selamanya baik. Susah la nak jumpa. Manusia senang nak berubah. Serius tak sangka bila dia berubah tu lagi teruk.. Tak tahu nak cakap macam mana. Yang jenis kaki kikis member2 pun susah jugak. Hutang buat2 lupa la. Takde duit la. Kalau seringgit dua tiga aku tak kisah ni sampai berpuluh2 ingat abah aku kerja kutip duit tepi jalan ke apa senang2 nak bagi orang lain makan *sisemo. Elaun 300 ratus pun tak tahu kemana habis. Aku boleh je jimat guna duit 300 tu. Tak faham la. Aku pun makan banyak jugak tapi tak tahu nak cakap macam mana. Hutang tak nak bayar. Kata kaya. Pakai iphone. Makeup banyak2. Instafamous. Ig update asyik keluar je kerja mana tak habis duit. (next post i nak bagi tips jimat dekat uni/kolej) .

Yang jenis pentingkan diri ni susah jugak. Dia pandai tapi share la ilmu yang awak ada tu. Jangan sombong. Tak mati pun kalau kongsi. Ni orang tanya cakap taktahu. Tapi kalau budak pandai tanya, boleh pulak jawab. Haishh manusia2. Punya kedekut dia tu, dalam exam, dekat kertas soalan takde pun conteng2 sebab takut nanti orang lain boleh nampak jawapan awak tu. Ye tahu meniru tu salah dalam hidup. Tapi tak mati pun tolong sikit kawan2 awak yang lemah. Mungkin dengan satu jawapan yang dia ternampak tu boleh naikkan gred dari failed kepada pass? Bukan nak galakkan meniru tapi tak salah nak tolong. Satu dua apalah sangat.

Macam2 lagi jenis manusia yang aku jumpa. Ni kalau aku tulis mahu panjang boleh buat novel haha *over. Okay la tu je kot nak tulis. Sebab dah penat taip ni hehe. Zaijian :*


8 comments:

  1. its the ugly truth bila duduk kat uni.

    ReplyDelete
  2. hai i've fix the follow problems.
    i actually change my url so maybe that's why. hehe

    ReplyDelete
  3. Sememangnya universiti adalah tempat untuk mengenal pelbagai ragam manusia. ;)

    ReplyDelete

Feel free to add a comment. Thank you!