Seram

Image result for horror gif

Okay, malam ni aku nak cerita kisah seram dekat kolej aku. Kolej aku ni baru je bukak sebenarnya. Tapi tak ada lah baru sangat. Orang kat sini pun tak ramai. Rasanya xsampai 1000 lebih student. Tak macam uni. Aku baru habis sem 2. Tapi xsempat nak ambik tahu kisah2 seram kat sana waktu sem 1. Yela. Masing2 xrapat lagi dengan senior. Buat hal2 sendiri je. Biasalah kolej ke uni ke apa2 ke mesti ada kisah2 yang tak dijangka. Tapi biasalah yang bunuh diri, tapak jepun, makcik jual karipap, budak2 n macam2 lagi. Memang aku admit la, kolej aku di jauh dari bandar dan dikelilingi kelapa sawit. Scary la jugak kalau malam2. Asrama perempuan baru lagi. Xsilap aku baru 2 tahun. Tu pun bilik banyak lagi kosong. Lagi2 aras aku. Bilik aku aras paling atas. Aras 3. Bilik aku betul2 bawah tangki air. Dan barisan sederet bilik aku, cuma bilik aku je ada penghuni. Dekat 10 bilik jugak la sederet tu. Tak silap la ataupun lebih. Sebab aku jarang sangat lalu belah sana, tu tak sempat kira. Tapi depan bilik aku ada la orang, Tapi tulah, takut jugak malam2 nak tido even depan ada orang pun. Bilik aku ada 2 orang je penghuni. Sepatutnya 4 orang, Tapi tulah berdua je. Dulu aku tak takut tido dalam gelap. Tapi sekarang dah xboleh dah tido dalam gelap. Jadi macam2 terfikir. Best bilik berdua je sbb xbising waktu nak study. Tak ada masalah. Lagipun roommate aku tu satu kepala dengan aku lagi best. Cuma waktu nak tido lah jadi masalah sikit. Bunyi macam2 dekat atas. Waktu sem1 dulu aku pernah ternampak dalam bilik aku sendiri (waktu tu aku bangun solat subuh dan 2 kali aku nampak). Waktu tu bilik aku cukup penghuni 4 orang. Dan aku tahu sape punya benda tu. Dan sekarang pun dia dah pindah bilik. Ada masalah sikit sebab tu pindah. (post yang dulu aku ada cerita pasal 2 org ni). Dia angkut sekali yang dia punya ni. baguslah (hahaha). 

Waktu sem 1 tu, cerita dia macam ni, dalam bilik aku tu dulu, aku lah paling senang nak tido dan paling senang nak terjaga. Waktu first time aku nampak tu, aku bangun nak solat subuh. Lebih kurang 6.15 macam tulah. Waktu tu semua roommate aku period. So, aku keluar bilik n pergi ambik wuduk. Bilik aku dekat je dgn toilet. Sebelah je. hehe. Aku masuk bilik, aku bentang sejadah n aku on lampu dekat fon sbb nak on lampu utama tu kan terkejut habis roommate aku. Aku xsuka ganggu orang waktu diorg tido. So, mcm tulah pgi2. Aku baru je pakai telekung, aku ternampak satu lembaga hitam berdiri betul2 sebelah kaki kawan aku (katil dia sebelah katil aku). Waktu tu memang aku terkejut beruk. Aku solat cepat2 lepastu terus tido balik. Lepastu aku tak cerita dekat rommate aku sebab takut diorang takut. Dan aku takut tu imaginasi aku je. Yelah pagi2 lagi kan. Lepastu beberapa minggu lepastu, kejadian sama berlaku. Tapi benda tu bukan berdiri sebelah kawan aku dah, yg ni dia bergerak, dari hujung katil ke loker. Laju dan menakutkan. Lepastu aku cerita dekat rommate aku sbb ni bukan imaginasi aku dah sebab dua kali dah terjadi. Rupa2 nya rommate aku pun ada kena kacau. Diorang terdengar bunyi dekat atas. Pkul 4 pagi ada orang cuba bukak bilik aku tapi tak ada bayang bawah pintu. Bunyi ada org bercakap, bunyi ada orang main sepit rambut. Tapi masing2 senyap je sebab takut nak cerita. Tapi yang lembaga hitam tu aku tahu yang tu sape punya. Sekarang dia dah tak ada dekat bilik, jadi benda tu dah tak ada dah. Alhamdulillah. 

Tapi waktu sem 2 ni, aku tak nampak benda dah, cuma dengar. Biasalah kalau sorang2 dalam bilik, even berdua pun ada dengar, Bunyi orang berlari lah dekat atas, cakar2, bunyi guli jatuh, seret kerusi, n macam2 lah. Dah jadi rutin harian aku dah dengar bunyi kat atas tu. Kadang2 bunyi plastik terseret dalam bilik. Bila aku cari bunyi tu datang dari mana, tak jumpa. Rommate aku pun ada bunyi. Dan buat benda yang sama tapi tak jumpa. Tak tahu bunyi apa sebenarnya cuma bunyi tu macam plastik diseret. Bunyi ada benda jatuh dalam loker kosong. Bila bukak tak ada apa2. Tapi paling banyak dekat atas la. Sampai aku rasa mcm nak naik dekat atas nak tengok apa yang ada dekat ats tu. (geram sangat). Biasanya dia kacau waktu kitorg tengah study, waktu maghrib, pkul 12 malam. Tu waktu dia lah tu. Scary2 tapi tulah bila dah biasakan nak buat macam mana. Roommate aku pun pernah dengar bunyi orang mintak tolong. Suara lelaki. Sebabnya dia suka tido lewat malam. Bukan dia je yang dengar. Kawan depan bilik aku pun ada dengar bunyi orang mintak tolong. Tu lagi scary. Nasib baik aku tak pernah dengar. Aku tak tahu lah dekat kolej aku ni before dibina tu tapak apa. Tak pernah org cerita. Aku tanya kawan2 aku pun diorg tak tahu. Lecturer lagilah macam taknak cerita. Mungkin diorg pun malas nak fikir. Sebab ada dengar2 lecturer pun ada kena kacau. Tapi aku tak ambik tahu kisah selanjutnya. Dengar khabar je. Budak laki pun ada kena kacau. Member aku sendiri, waktu tu dia baru nak tido. Dalam pukul 3 pagi. Dia pi tandas nak basuh muka, tiba2 semua tandas paip air terbuka. Sebab cuak terus dia msuk bilik. (hahaha) Aku rasa budak laki lagi ramai kena kacau. Tapi diorg tak bersuara.

So tu jelah nak cerita. Terima kasih kepada yang baca dan saya minta maaf kalau tak seram. Duibuqi. 


2 comments:

  1. Ya Allah seramnya! baca ni pun terbayang bayang kalau saya dekat tempat sofea. Meremangg bulu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kann..dulu pun selalu mcm tu smpai xboleh tido malam2. Tapi sekarang dah biasa dh haha. terima kasih sbb sudi baca post yang panjang berjela ni hehe.

      Delete

Pocket full of sunshine :)